Dolar Menurun Secara Mendadak Ekoran Pasaran Menunggu Data Inflasi A.S.

Penunjuk prestasi mata wang dolar berbanding bebrapa mata wang utama yang lain jatuh sebanyak 0.1 peratus pada 92.970, dan bersedia untuk kehilangan sebanyak 0.9 peratus minggu ini. Indeks dolar telah mencatatkan paras tertinggi selama tempoh 10 minggu sebanyak 94.267 pada Jumaat lalu, ekoran daripada pengukuhan data upah A.S.

Penunjuk prestasi mata wang dolar berbanding bebrapa mata wang utama yang lain jatuh sebanyak 0.1 peratus pada 92.970, dan bersedia untuk kehilangan sebanyak 0.9 peratus minggu ini. Indeks dolar telah mencatatkan paras tertinggi selama tempoh 10 minggu sebanyak 94.267 pada Jumaat lalu, ekoran daripada pengukuhan data upah A.S. mengukuhkan pertaruhan bahawa Rizab Persekutuan akan menaikkan kadarnya sekali lagi pada bulan Disember. Walau bagaimanapun, ia menunjukkan aliran menurun minggu ini bersama-sama dengan penurunan yang stabil dalam hasil Perbendaharaan.

Mata wang dolar AS adalah sedikit lemah pada hari tersebut berbanding yen Jepun pada 112,120 yen dan menuju penurunan kepada 0.3 peratus untuk minggu tersebut. Ia turun serendah 111.990 minggu ini.

Walaupun dolar AS cenderung meningkat pada ketika para pelabur lebih cenderung beralih ke arah aset yang lebih berisiko, tindak balas dolar terhadap Nikkei Jepun meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 21 tahun minggu ini telah dibatasi.

Pasaran kini memberi tumpuan kepada data inflasi, berikutan daripada minit mesyuarat Fed yang terbaru menunjukkan para pelabur bahawa Fed masih menyaksikan kenaikan kadar pada bulan Disember, tetapi masih prihatin terhadap jangkaan kadar inflasi.

Angka indeks harga pengeluar telah dikeluarkan pada hari Khamis. Pada hari Jumaat, data harga pengguna bulan September akan dikeluarkan.

InstaForex

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget