Harga Emas Melemah Ketika Pengukuhan Dollar

Harga emas mencatatkan sedikit penurunan pada hari Isnin, penurunan ini disebabkan oleh pengukuhan dollar dan ekuiti Asia.

Harga emas mencatatkan sedikit penurunan pada hari Isnin, penurunan ini disebabkan oleh pengukuhan dollar dan ekuiti Asia.

Spot emas mencatatkan penurunan kepada 0.1 peratus pada $ 1,303.42 setiap auns. Ia mencecah hampir 0.9 peratus pada sesi sebelumnya pada data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan.

Kontrak niaga Hadapan emas A.S. untuk bulan Disember mencatatkan peningkatan kepada 0.1 peratus pada $ 1,305.70 auns.

Indeks dolar, yang mengukur mata wang A.S. berbanding sekumpulan mata wang utama,kekal mengukuh pada tahap 93.101.

Saham Asia mencatatkan peningkatan ke paras tertinggi baru pada hari Isnin berikutan petunjuk mengukuh dari Wall Street

Ekonomi A.S. meneruskan pengukuhan dan kekuatan pasaran buruh mencatatkan peningkatan secara beransur-ansur dalam kadar walaupun inflasi adalah rendah, menurut Pengerusi Rizab Persekutuan Janet Yellen.

Gaji dan inflasi di zon euro akhirnya mencatatkan peningkatan tetapi lebih perlahan daripada yang dijangkakan pada awalnya,dimana ia memerlukan kesabaran secara berterusan dari pembuat dasar, kata Presiden Bank Central Europe Mario Draghi.

Pegawai-pegawai kanan pentadbiran Trump baru-baru ini mengatakan bahawa Amerika Syarikat telah komited untuk menjadi sebahagian daripada persetujuan nuklear Iran pada masa ini, walaupun kritikan Presiden Donald Trump tentang perjanjian dan amaran bahawa negaranya mungkin alan menarik diri.

Dana lindung nilai dan pengurus kewangan mengurangkan kedudukan bersih mereka dalam kontrak emas COMEX untuk minggu keempat secara berturut-turut dalam tempoh seminggu hingga 10 Oktober, menurut data dari Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan A.S

Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget