Bitcoin Berada Pada Kedudukan Untuk Penurunan Terbesar Bulanan Dalam Tiga Tahun

Menurut CoinDesk, perdagangan bagi mata wang digital kali terakhir diniagakan adalah kira-kira $ 10.073. Pada bulan Januari, pasaran dagangan Bitcoin mempunyai nilai sebanyak $ 13,412.44. Penurunan pada hari Rabu menandakan penurunan hampir kepada 25 peratus. Walau bagaimanapun, bitcoin mencapai tahap rendah dengan sebanyak $ 9,627.89 pada hari Rabu, yang mewakili kejatuhan sebanyak 28.2 peratus.

Setakat ini, kedudukan tersebut adalah kejatuhan bulanan terbesar sejak penurunan sebanyak 30.9 peratus pada bulan Januari 2015. Malah, Januari secara tradisinya merupakan bulan yang buruk untuk pasaran mata wang kripto - ia telah jatuh dalam empat daripada lima dalam bulan Januari antara tahun 2013-2017.

Penurunan signifikan yang lain berlaku pada bulan Februari apabila pasaran dagangan bitcoin turun lebih daripada 36 peratus pada bulan itu.

Setakat bulan Januari ini, lebih daripada $ 60 bilion telah dipadamkan dari nilai Bitcoin, menurut satu analisis Coinmarketcap.com.

Pasaran dagangan Bitcoin dan mata wang digital yang lain telah terjejas berikutan daripada tindakan keras oleh pengawalseliaan yang lebih ketat, yang memberi kesan kepada harga mereka.

Korea Selatan telah mengenakan peraturan baru untuk mengawal selia perdagangan mata wang kripto tetapi tidak secara langsung mengenakan sekatan terhadap perdangan mata wang digital tersebut. Pada hari Selasa, Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat (AS) berkata pihak mereka telah memperoleh perintah mahkamah untuk menghentikan dan membekukan aset apa yang dianggap sebagai ICO terbesar yang pernah berlaku. Sementara itu, Facebook berkata pada hari Selasa bahawa syarikat mereka telah mengharamkan iklan yang mempromosikan perdagangan mata wang kripto.

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget