Analysis Teknikel Moving Haiken GBP/USD dan EUR/USD (28 March 2018)

GBP/USD pada pasaran dua hari yang lalu kelihatan telah berlaku penurunan yang kuat sehingga sampai ke tahap harga 1.4060. Namun begitu pada hari ini 28/03/2018 kelihatan pasaran telah naik kembali dan berlaku persilangan di antara MA ST dengan MA CT. Ini menunjukkan trend telah kembali kepada trend asal iaitu...

GBP/USD pada pasaran dua hari yang lalu kelihatan telah berlaku penurunan yang kuat sehingga sampai ke tahap harga 1.4060. Namun begitu pada hari ini 28/03/2018 kelihatan pasaran telah naik kembali dan berlaku persilangan di antara MA ST dengan MA CT. Ini menunjukkan trend telah kembali kepada trend asal iaitu up trend.

Pada ketika ini kalau anda lihat candle heiken ashi tidak bersentuhan dengan MA CT HIGH. Ini adalah masa yang sesuai untuk anda enter position BUY.

Target kita pada hari ini adalah pada tahap harga 1.4228 sebagai target 1 dan sekiranya pasaran naik melepasi pada target 1 dijangka pasaran akan meneruskan pendakian menuju ke target seterusnya. Nantikan update dari saya dari masa kesemasa.
Untuk lebih jelas anda boleh lihat video saya di bawah ini.


EUR/USD


EUR/USD pada ketika ini kalau anda lihat candle heiken ashi berada di tengah tengah di antara MA CT HIGH dengan MA CT LOW. Ini adalah tidak sesuai sama sekali untuk anda enter position buy atau pun sell.

Sekiranya pasaran turun sampai ketahap harga 1.2380 kemungkinan akan berlaku persilangan di antara MA ST dengan MA CT. Jika ini benar berlaku ini bermakna trend telah bertukar ke arah down trend. Namun begitu pada hari ini trend masih lagi dalam keadaan Up trend kerana belum lagi berlaku persilangan. Dalam keadaan begini sebaiknya anda memilih untuk mencari peluang enter position BUY.

Sekiranya pasaran naik melepasi pada tahap harga 1.2440 dan pada waktu yang sama candle heiken ashi tudak bersentuhan dengan MA CT HIGH ini adalah masa yang sesuai untuk anda enter position buy. Target kita pada hari ini EUR/USD adalah pada tahap harga 1.2550 sebagai target 1 dan sekiranya pasaran naik melepasi pada target 1 di jangka pasaran akan meneruskan pendakian menuju ke target seterusnya. Nantikan update dari masa ke semasa dari saya. Untuk lebih jelas anda boleh lihat video saya di bawah ini

Apa apa pun utama money management anda semasa melakukan urusniaga
Terima kasih

 [youtube src="kIaxmHgSM34"][/youtube]

*Analisis pasaran yang disiarkan di sini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi tidak untuk memberi arahan untuk membuat perdagangan.

Disclaimer: Dagangan Forex (pertukaran asing) pada margin membawa ke tahap risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk kesemua pelabur. Tahap leverage yang tinggi juga boleh digunakan untuk dagangan anda. Sebelum membuat keputusan untuk melabur di dalam pertukaran mata wang asing, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan objektif pelaburan anda, tahap pengalaman, dan keinginan mengambil risiko. Terdapat kemungkinan bahawa anda akan kehilangan sebahagian atau kesemua pelaburan awal anda dan oleh kerana itu anda seharusnya tidak melabur wang sekiranya anda tidak sanggup untuk menanggung rugi. Anda harus berhati-hati dengan segala risiko yang berkaitan dengan dagangan pertukaran asing, dan dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan sendiri sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan.  

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget