Dolar AS sambung semula pertumbuhan (17.01.2019)

[youtube src="gCuHOdPyg7g"][/youtube]
Dolar AS memulakan tren menaik dalam dagangan Amerika selepas laporan Beige Book oleh Fed dikeluarkan.

Secara umumnya, prospek ekonomi negara itu masih positif, berdasarkan dokumen yang diterbitkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menimbulkan kebimbangan. Namun begitu, pelabur berharap dasar kewangan Fed akan diperketatkan sekurang-kurangnya sekali pada tahun ini.

USDX melonjak kira-kira 30 pip di tengah-tengah keluaran berita ini dan berada berhampiran paras 96.20.

Walau bagaimanapun, para peserta pasaran masih berdagang dengan berhati-hati dengan mengfokuskan pada aset yang selamat. Pasangan dolar / yen diperbetulkan dan berada di bawah 108.80 dalam dagangan Asia selepas berjaya memecahkan paras 109.00. Ketakutan terhadap kelembapan dalam ekonomi global terus mempengaruhi pasaran pertukaran wang asing.

Hal ini mempengaruhi pergerakan mata wang berisiko tinggi terhadap dolar. Pasangan AUD / USD susut kira-kira 60 pip. Ia didagangkan sekitar paras 0.7160 hari ini.

Selain itu, pedagang matawang aussie juga keliru dengan keluaran statistik makroekonomi dari Australia. Jangkaan inflasi pengguna menurun kepada 3.5% pada bulan Januari dari 4% pada bulan Disember. Di samping itu, indeks pinjaman perumahan menurun pada bulan November selepas kenaikan yang dicatatkan sebelumnya.

Hari ini dolar AS mungkin mendapat sokongan dalam kelauaran data statistik penting dari Amerika Syarikat mengenai aktiviti pembuatan dan sektor pembinaan. Oleh itu, dolar mungkin akan mengekalkan momentum.
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget