Ringkasan Dagangan Asia 08/02/2019

[youtube src="S1h3NyvIsGw"][/youtube]
Dolar AS mengekalkan tahap berhampiran dua minggu tertinggi berikutan ketidakpastian mengenai halatuju rundingan dagangan AS - China.

Semalam Presiden AS Donald Trump berkata bahawa beliau tidak merancang untuk bertemu dengan Presiden China Xi Jinping sebelum penghujung 1 Mac untuk mencapai perjanjian dagangan. Para pegawai White House mengesahkan bahawa masih banyak perbezaan yang tidak diselesaikan diantara kedua-dua pihak. Oleh itu, China berkemungkinan menghadapi tarif 25% lebih tinggi bagi import negara itu. Kehangatan isu perang dagangan yang semakin meningkat diantara AS dan China kembali timbul, sehingga meningkatkan permintaan bagi aset-aset selamat.

Indeks dolar AS didagangkan berhampiran 96.60, tidak jauh dari tahap tertinggi dua minggu. Mata wang AS menghentikan kemaraan berbanding pesaingnya.

Pasangan dolar / yen susut dari 110.00 ke tahap yang lebih rendah dalam dagangan Asia. Yen sekali lagi mendapat tempat oleh pelabur berlatar-belakangkan ketidakpastian politik.
Pasangan AUD / USD masih didagangkan lebih rendah pada tahap sedikit di atas 0.7080. Penganalisis mata wang tidak meramalkan perubahan ketara dalam instrumen dagangan ini.

Pihak pakar hari ini tidak berani membuat ramalan mengenai pergerakan dolar AS berbanding mata wang saingannya. Para pedagang sedang mengawasi perkembangan politik jika terdapat sebarang berita yang akan membangkitkan tindak balas segera dalam Forex.
Label:

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget