Coronavirus berkemungkinan memberi impak besar terhadap ekonomi Australia

Berdasarkan lokasi geografi, Australia terletak jauh dari negara-negara lain. Walau bagaimanapun, negera tersebut telah gagal untuk menghindari kesan ekonomi ekoran daripada penularan wabak coronavirus. Ekonomi negara sebahagian besarnya bergantung kepada sektor dagangan eksport. Satu pertiga daripada semua eksport datang ke China. Malah, China merupakan rakan perdagangan terbesar Australia. Tambahan pula, pelancongan dan pelajar China menyumbang kira-kira 0.9% daripada pengeluaran ekonomi tahunan negara.

Kebanyakkan ahli ekonomi telah menurunkan anggaran mereka untuk pertumbuhan ekonomi Australia susulan daripada virus itu. Selain itu, kebakaran hutan yang berlaku pada awal tahun ini mempunyai pengaruh besar yang menjejaskan ekonomi negara. Reserve Bank of Australia terpaksa mengurangkan kadar faedah utama untuk kali keempat.

Pengawal selia dilihat berkemungkinan untuk membuat keputusan yang sama dalam mesyuarat yang akan datang pada bulan April. Ramalan itu boleh dibuktikan dengan ulasan yang dibuat oleh Gabenor Reserve Bank Philip Lowe. Beliau berkata bahawa pertumbuhan ekonomi negara sedang berada dalam ancaman. "Oleh kerana kedua-dua faktor global dan domestik, adalah munasabah untuk menjangkakan bahawa tempoh yang panjang kadar faedah yang rendah akan diperlukan di Australia," kata Philip Lowe.

Perdana Menteri Scott Morrison menyokong pandangan Gabenor RBA itu. "Kita perlu memandang jelas mengenai sejauh mana penularan wabak virus dan berapa banyak lagi wabak itu akan merebak, kejayaan langkah-langkah pengawalan dalam bidang kuasa lain, yang tidak diketahui dan sebab itu saya fikir analisis senario adalah benar-benar penting," kata Morrison. "Dan itu sedang dilakukan sekarang." Beliau juga menambah bahawa kemerosotan kepada ekonomi Australia daripada wabak itu mungkin menjadi "besar".

Credit InstaForex Group

Post a Comment

[blogger][facebook][disqus]

Forex trg profile

Belajar urusniaga forex dengan teknik yang cukup mudah untuk anda kuasai. Blog perkongsian ilmu urusniaga forex penuh dengan infomasi berguna bagi…

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget